Breaking

June 11, 2011

23:05

Novel "Kasih Yang Suci" Ke TV3 Sebagai "Nora Elena"

sape tak tengok drama Nora Elena memang rugi owhh sebab filem ni kire boleh tahan best jugak. kalu nak tahu jalan citer drama ni dan ending skali boleh la korang cepat2 beli novel 'Kasih yang Suci'.



Menurut penerbit Suryatie Sidek, pemilihan novel ‘Kasih Yang Suci’ ini adalah disebabkan ia mempunyai ramai pembaca dan antara novel paling laris di antara novel-novel terbitan Alaf 21. Ketika ditemui, Suryatie menjelaskan mengapa tajuk asal novel tidak digunakan untuk drama ini.

“Dulu pernah ada ‘title’ drama yang sama di TV3, “Kasih Suci” lakonan aktres Fazura. Jadi, kami terpaksa ubah tajuk tersebut ke “Nora Elena”. Drama ini masih mengekalkan 70% persamaan dalam novel. Ada juga yang kita ubah sebab ada beberapa babak yang kita tak boleh tunjuk dalam drama.

“Bila kita baca dan divisualkan tidak sama. Dialog di dalam novel memang romantik sangat malah lokasinya banyak di rumah dan di kamar tidur. Justeru, ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama “Nora Elena” di Sri Pentas baru-baru ini.

Drama ‘Nora Elena’ diterajui oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, Wan Sharmila, dan Puteri Fateen. Drama 24 episod yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Rawang, Wangsa Maju dan di sekitar Selangor ini turut diperkuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Dan Bila Esok’, nyanyian Sofazr. Selain itu, Erry Putra juga tampil dengan lagu ‘Berubah’ yang bisa menyentuh emosi dan jiwa penonton.


22:35

Keputusan Juara Piala FA Kelantan VS Terengganu

UPDATE: minit ke-110 (Kelantan-1, Terengganu-2)

Malam ni menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Terengganu dalam final Piala FA 2011.nampaknya perlawanan betul2 sengit apa taknya dalam separuh masa kedua keputusan masih 0-0. dan Kelantan telah mengumumkan cuti umum sempena perlawanan final Piala FA malam ni.

 

ni lah trofi yang menjadi rebutan antara Kelantan dan terengganu. nak tahu siapa yang bakal menjuarai Piala FA malam ni sama2 kite tunggu sebentar lagi. skang tengah layan TV1, siaran langsung final Piala FA nampaknya masih 0-0 lagi
20:06

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA

Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.
Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini.
"Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing. - BERNAMA
16:31

Safi Rania Gold | Produk Anti Penuaan

Ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. antara produk yang menjadi pilihan yelah Safi Rania Gold. bukan saja mudah didapati tapi harga yang jimat menarik ramai pembeli untuk mencubanya. Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.


Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

  • 1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

  • 2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

  • 3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)


Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.


  • 4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)


Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.


  • 5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)


Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.


  • 6.Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)


Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!


  • 7.Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)


Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!


  • 8.Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)


Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.


  • 9.Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)


Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

@: sape yang penah try boleh lah share kat cini yer


~budiey.com

June 6, 2011

21:45

Internet 4G di UKM

eksaited bile baca berita ni dalam harian metro tadi, internet 4G bakal di pasang  di UKM tapi..tapi..tapi ada jugek tapinya

fuh! u can imagine bapak gile laju 4G tuh


YTL COMMUNICATIONS Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan Internet mudah alih 4G melabur kira-kira RM2.6 juta setahun bagi Program Rakan Pendidikan (EPP) kepada 25,000 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membolehkan penuntut universiti berkenaan menikmati capaian jalur lebar data dan suara secara cepat dan mudah. Pengarah Eksekutifnya selaku pengarah program terbabit Yasmin Mahmood berkata, syarikatnya berbangga kerana mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar itu kepada warga kampus bagi membentuk perubahan positif kepada persekitaran akademik. “Program ini menyediakan peluang kepada pelajar universiti untuk mengakses Internet berteraskan rangkaian 4G pada bila-bila masa bagi mendapatkan maklumat untuk penyelidikan, perundingan dan pembelajaran. “Setiap pelajar akan menerima capaian Internet percuma 300 megabit sebulan tanpa sebarang caj penggunaan selama tiga tahun dan perkhidmatan itu akan dinikmati di kampus ini selewat-lewatnya September nanti,” katanya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian antara YTL Communications dan UKM di Bangi.
tapi MoU hanya dibuat dengan UKM di Bangi sajork..so sape2 yang dok UKM KL tu tak merasa lah 4G yer...huaaaa tak adillll 
21:35

Salih Yaakob Bawa Empat Isteri Berulan Madu

BERCUTI...Salih bersama empat isteri dan anak bergambar bersama sebelum berlepas ke Beijing.


Salih Yaccob, 48 bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.


Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.



“Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.
“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” kata Salih Yaakob. 


Percutian dianjurkan Asmadi Group Travel and Tours Sdn Bhd itu turut disertai 40 peminat dari Johor Bahru, Johor. 
21:08

(Gambar) Kilafairy Makin Hot!

Memiliki bibir seksi membuatkan Kilafairy menjadi buruan ramai lelaki, Angelina Jolie malaysia katanye. Kilafairy merupakan anak kepada penyanyi hangat era 80an, Rohana Jalil kini aktif berlakon. dan skang filem Karak lakonannya sedang mendapat tempat di pawagam. jum layang gambar terbaru kila fairy






gambar kila fairy
20:28

Gambit Perjelas Isu Klip Video Marilah-Prema Yin Lucah!

Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.
"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam video ini" 
"Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya.
Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.
"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.
"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya.
Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang.
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini," katanya.
Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut.

~mstar

June 5, 2011

09:29

Ada Unsur Mistik Terlibat Dalam Akademi Fantasia 9?


Memang pelik juga bunyinya tapi tu lah yang dikatakan oleh Joe Lee, dari minggu pertama lagi, bermacam-macam masalah kesihatan melanda. antara cerita pelik yang didengar sendiri oleh Joe Lee;


Eka yang pandai menari, tiba-tiba naik bengkak kaki. Afif sebelum tersingkir sudahpun mengadu sakit gigi yang pelik berulang kali. Fina sendiri pernah hilang suara selama seminggu, manakala Hazama pula mengadu terasa pelik setiap kali mendekati waktu persembahan. Itu belum masuk cerita Amir muntah keluar rambut, ataupun Kay yang tiba-tiba demam pelik, dan pelbagai lagi masalah kesihatan pelik yang menghantui Azri dan yang lain. Yang tambah pelik, dengan tersingkirnya masing-masing, tuan badan mengadu yang sejurus mereka mereka mengusung beg meninggalkan Akademi Fantasia, terus keadaan mereka sihat seperti sediakala.
Saya hanya ingin anggap keadaan mereka yang tertekan dengan segalanya, telah mengganggu mereka secara fizikal, kerana tiada lain alasan yang munasabah, tanpa melibatkan soal mistik dan tahyul. Soal kesihatan menyerang tenaga pengajar juga, termasuk saya sendiri yang tidak dapat menghadiri kelas minggu ketujuh ini kerana terseliuh kaki, yang kemudian membengkak mengakibatkan saya terpaksa bertongkat seketika.


@: pape pon memang susah nak caye benda2 camni sebab kadang2 sume benda tu adalah kebetulan dan ketentuan.... 
09:15

Konsert AF9: Erul Tersingkir, 4 Lagi Ke Final

Konsert AF9: Erul Tersingkir, 4 Lagi Ke Final

Dalam konsert ke9 AF9 semalam menyaksikan Erul tersingkir, kalo tengok dari segi performance dan sore die pun atukoii... pastu yang tak tahan, bile kak ogy tanya sampai bile nak kekal imej K-POP? pastu die gan selamba jawab cube tukar sikit2 dari pe yang die blajar dalam AF9 (tak ingat sangat tapi cam tu lah kut katany)

hmm..tak tahu lah celah mana K-POP neh, pesen rambut kah?dressing kah? sorry to say bagi me takdok pon  K-POP nye..dan semalam  turut diumumkan pada malam Konsert Minggu Kesembilan AF9 ini, ialah 3 lagi pelajar iaitu Hazama, Lena dan Azri yang menyertai Fina sebagai finalis untuk konsert terakhir yang bakal berlangsung di Putrajaya, 12 Jun ini.


@: same2 kite tengok yer walapon AF skang dah tak sehanggat yang dulu, tapi at least boleh la tengok tuk hilangkan boring.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us