Breaking

June 4, 2011

16:44

Telefon Di Butik Rozita Che Wan Meletup!

Gara-gara mendapat panggilan yang tidak henti-henti, set telefon di butik pelakon Rozita Che Wan, My Couture Sdn Bhd di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, dekat sini “meletup” sehingga tidak dapat digunakan lagi.
Kata Rozita, insiden tersebut berlaku setelah dia menghebahkan nombor telefon butik berkenaan di akhbar menyebabkan pihaknya mendapat panggilan telefon tanpa henti.
"Bayangkan, selepas artikel berkaitan butik saya keluar, telefon berbunyi sejak dari pagi hinggalah malam tanpa henti.
"Keadaan itu menyebabkan berlaku letupan kecil pada set telefon itu sehingga menyebabkannya rosak. Saya bukan berseloroh, sebaliknya ia benar-benar berlaku," katanya selepas melancarkan Jari Spa, di Wangsa Maju, di sini, Jumaat.
Tambah Rozita, selain menerima pelbagai tempahan pakaian, dia turut menerima panggilan palsu, malah ada yang menyamar kononnya pemanggil itu merupakan Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini,
Bagaimanapun, Rozita menganggap ia mungkin satu perkara normal sebagai seorang selebriti yang memulakan perniagaan.
"Alhamdulillah, setelah mendapat liputan di media, My Couture tidak henti-henti menerima panggilan tempahan pakaian.
"Saya sudah biasalah dengan panggilan-panggilan palsu kononnya ada yang menyamar sebagai Datuk itu dan ini, sampaikan nama Datuk K juga turut disebut. Apa-apa pun, perniagaan saya semakin berkembang sejak beroperasi pada Januari lalu," tuturnya.
Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.
Orang ramai boleh melayari laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.
mstar
16:35

Barbican Malta Perisa Buah | Bukan Bir Halal

Kontroversi berhubung minuman jenama Bar- bican yang sebelum ini didakwa sebagai 'bir halal' bakal terlerai apabila syarikat pengedarnya dijangka bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Isnin ini.
BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.
Menurut Pengarah Urusan Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Alyateem, pertemuan tersebut bertujuan untuk menjelaskan mengenai status minuman berkenaan yang sebenarnya merupakan minuman malta berperisa buah-buahan selain memohon pengesahan halal.
 “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.


“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.



Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.
@: isu halal haram tu penting lebih2 dalam hal melibatkan makanan sebab itu lah yang akan menjadi darah daging kita,  yang membentuk anak2 kita nanti. 


16:20

Anak Perkosa Kekasih Depan Ibu

Tajuk panas muka depan harian metro arini ibu menangis nodai anak depan kekasih. tak tahu lah apa nak jadi gan manusia skang dah tak macam manusia. hari tu kuar berita bayi di campak dari flat, esok lusa tak tahu pla apa yang akan jadi.


hMetro- Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

@:tuk yang pompuan tu hati2 lah pilih boipen, kalo desperate sangat pun dah tahu kaki dadah buat pe jadikn teman kn sendiri carik penyakit
15:47

Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

4 Jun 2011 adalah sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. pagi2 lagi dah tengok acara perbarisan dan lintas hormat sempena ulangtahun baginda tapi nengok kat tv aje lah eheh..



Berikut ialah senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  • Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.) yang membawa gelaran "Tun"

- Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub.
  • Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri":

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
- Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd Salleh.
  • Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran "Tan Sri":

- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
- Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif.
- Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong.
- Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood bin Adam.
- Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.
- Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid.
- Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.
- Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon.
- Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah.
- Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar.
- Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan.
- Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah.
- Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan.

June 3, 2011

21:38

(Gambar) Model Pengganti Myvi 2011

baru kejap tadi keluar kat buletin utama pasal model terbaru yang mengambil model asas atau kerangka MyVi (Toyota Passo). kalo sebelum ni model Myvi mendapat sambutan baik rsanya model pengganti Myvi ni juge tak kurang hebatnya dengan features yang baru dan pelbagai.


Perodua Myvi 2011 4 Foto eksterior dan interior Perodua Myvi 2011
Perodua Myvi 2011 1 Foto eksterior dan interior Perodua Myvi 2011
Perodua Myvi 2011 8 Foto eksterior dan interior Perodua Myvi 2011
 •EPS: Electronic Power Steering        

           •Sturdy and improved designs with New Projector headlamp       
           •Air bags (All variant)
           •ABS with EBD & BA System 
           •Automatic Shift lock part       
           •ISO Fix Child Restraint System
           •3 point rear seatbelt
           •Pre tensioner Seat belt with force limiter
           •Rear Diffuser: Improve airflow
           •Better Fuel consumption
           •Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth.

  • Colors : Pearl White, Solid White, Ebony Black, Glittering Silver.                                                
  • Variant
          •Myvi 1.3 Standard Auto/Manual
          •Myvi 1.3 Premium Auto/Manual
          •Myvi 1.3 Elegance Auto/Manual
          •Myvi 1.5 Special Edition Auto/Manual
          •Myvi 1.5 Extreme Auto/Manual

June 2, 2011

17:55

Pengakuan Blogger 14 Tahun Mengadakan Hubungan Seks; AdindaEvans

sejak keluar entry pasal pendedahan remaja 14 tahun yang mengaku pernah mengadakan hubungan seks terus kecoh dunia blogging mahupun twitter. blog malinomonstaa milik Adinda Evans terus mencanak naik dan follower pun dah lebik 1K.


menurut Adinda Evans;
“Yeah, aku jujor la dgn korang, AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mengaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita. asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thank you

@:memang brans la budak neh
17:13

Pedicure & Manicure dengan harga bajet!

cer tengok cer tengok jari jemari uolls halus, mulus, gebus tak? bukan wajah je yang kene jaga tangan pun mesti jage gak lebih2 lagi yang pompuan hari2 kene buat keje rumah tangan pun mula kasar. lagi pon raya tak lama lagi kang bersalaman gan orang tangan rase kasar semacam pulek...

so sekali sekala manjekan tangan uolls gan rawatan pedicure & manicure. arge takde la mahal pon RM35 ajork!

inside

inside2

Manicure & Pedicure, inclusive of Detox Foot Bath & Scrub + OPI Nail Polish at La Beautica, Tanjong Tokong worth of RM65 for the price of only RM35!


untuk tips penjagaan kuku yang sihat klik SINI
14:13

Drama Nora Elena Di Slot Akasia TV3

Semenjak cuti sem ni asyik duk depan tv aje melayan drama, apa tak nya dari petang sambung ke malam mak asyik nonton citer indon start dari safa & marwah hingga ke melody. actually me tak minat sangat drama indon yang kekadang meleret-leret tapi dah big muumy nak tengok layankan aje lah. kalo drama melayu tu kira ok siket lah dan yang me follow skang drama TV3 Nora Elena.

kalo tengok citer ni Nora Elena tak suka kat husband die, tapi dah name pun citer kene ada happy ending lama2 nanti pasti jantuh cinta gak :)



Sinopsis Drama Nora Elena
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?


June 1, 2011

09:38

minggu kelima praktikal

salam semua.ari ni kenelah menceriakn diri apa takny 4 hri cuti.lpas hbs praktikal ni lg lah pjg cuti tak taw lg nak wat pe. Skang tgah duk dalam ofis. Tegok keliling rmai staf yang takde maybe smbung cuti kut tak hbis lg aramaite smlam hehe..

Pasni nk upload pics spjg kt cni heeee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us