Breaking

May 7, 2011

22:40

(Gambar) Rozita Che Wan Jadi Pengemis Tanpa Secalit Mekap

Tiap kali muncul di kaca tv or mana2 magazine mesti Rozita Che wan tak lekang dari mekap dan bulu mata lentiknya. dan rasanye ni first time Rozita che wan tampil tanpa secalit mekap, bukan tu sahaja RCW turut melakonkan watak pengemis dalam drama Dosa Siapa

 Rozita Che Wan Jadi Pengemis Demi Dosa Siapa

Rozita yang memegang watak Halimah dalam Dosa Siapa berkata

"Halimah ini dia mempunyai seorang kakak bernama Faridah. Mereka berdua ini telah ditahan dan dirogol oleh orang yang tak dikenali. Halimah berjaya melarikan diri tapi dia telah meninggalkan Faridah. Peristiwa gelap itu membuatkan Faridah berdendam dengan Halimah sehingga dewasa.
"Faridah mengambil ilmu hitam untuk membalas dendam pada Halimah dan telah mengakibatkan suaminya meninggal dunia dan merampas anak Halimah. Perbuatan Faridah membuatkan Halimah tertekan dan akhirnya meroyan, merempat dan hidup sebagai pengemis selama 20 tahun," katanya.


@: same2 kiter nonton nanti yer

May 4, 2011

19:49

Perkahwinan Cheryl Samad

keluar gosip kononya pengacara Muzik-muzik Cheryl Samad sudah berkahwin dengan seorang pemuda berbangsa cina pada Ahad lalu. betul atau tak berita ni kena dengar dari mulut Cheryl sendiri.



@: kalo betul pun tak perlu la sorok2, kalo tak betul senyap sudeh
19:31

Memey Tak Pernah Ajar Anak Norman Ponteng Sekolah

dalam entry sebelum ni Memey ajar anak Abby ponteng sekolah, dan hari ni keluar pula kenyataan yang kononnya Memey tak penah ajar anak Norman ponteng.


Norman dengan sikap gentleman kenelah backup kekasih hatinya Memek

“Sebenarnya, seorang anak saya iaitu Danish baru habis peperiksaan. Jadi, dia meminta untuk tidak pergi ke sekolah sehari selepas peperiksaan itu untuk meluangkan masa bersama saya.
“Memandangkan saya dan Memey tidak mempunyai penggambaran, maka saya memenuhi keinginan itu termasuklah membawa anak kedua saya, Marisa keluar bersama,” katanya.


@: apo2 je lah...dok bekepit je bile nak kawen?

May 3, 2011

20:34

Gambar Mayat Osama Bin Laden Palsu?

gempar berita kematian pemimpin al-Qaedah Osama Bin Laden akibat serangan pasukan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan malam kelmarin. tapi ada yang menyatakan terdapat kemungkinan gambar mayat Osama bin Laden (kanan) itu adalah palsu.

 AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar.


gambar mayat osama bin laden


@: emm...bentuk kening agak beza siket ahh
19:56

Nurul Syuhada Nikah Pegawai Bank Julai Depan

kalau sebelum ni Nurul Syuhada dikaitkan ngan angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khalid. tapi nampaknya hubungan mereka tak kemana. 

dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27 telah menemukan penggantinya seorang pegawai bank dan akan mendirikan rumah tangga dengan  pada Julai depan. lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.


“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.


@: nampak muke pun sejibik seiras jer mesti ada jodoh...


mstar

May 1, 2011

16:46

Zahiril-Shera Nikah 20 November Ini

Pelakon Zahiril Adzim dan pengacara Shera Aiyob bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 20 November tahun ini di sini dan majlis resepsi perkahwinan akan dilakukan serentak untuk kedua-dua belah pihak pada 17 Disember tahun ini di Kuala Lumpur.



Gambar Shera Aiyob & Zahiril Adzim Bertunang


Gambar Shera Aiyob Bertunang
Pasangan ini mengumumkan tentang majlis tersebut setelah selamat bertunang pada Ahad, di rumah keluarga Shera di Taman Tasek Indra, di sini.
"Syukur, alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik. Saya berasa seronok dan teruja apabila selamat mengikat janji setelah lama cuba memikat hatinya.
"Hubungan cinta kami mula berputik sejak sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul 'Ada Sesuatu Yang Tertinggal'," kata Zahiril yang segak memakai baju Melayu berwarna merah jambu, bersongkok dan bersamping.
Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.
Shera memilih pelamin berkonsepkan Inggeris dengan tema warna putih dan merah jambu direka oleh Zaid Sulaiman dari Za'ha Wedding Planner manakala solekan daripada Art Of Beauty.

mstar
08:54

Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara?

Jangan pula terkejut beruk bace tajuk kat atas nun, tuh cume antara jalan cerita yang bakal dilakonkan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel. me penah bace novel ni jalan ceritanya memang menarik.



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari.

“Saya pernah baca novel ini tujuh tahun yang lalu dan saya akui amat menyukai cerita Ombak Rindu ini. Bila ditawarkan untuk berlakon dalam naskhah ini, saya rasa gembira sangat,” ujar Maya mengakui agak berat untuk membawakan wataknya.

“Watak Izzah sangat jauh dengan diri saya sendiri. Dia merupakan anak yatim piatu dan dilacurkan oleh bapa saudara sendiri. Saya selalu memikirkan tentang watak ini dan cuba melalui hidup sebagai Izzah.

“Bagi saya, watak Izzah sangat istimewa. Watak Izzah sangat kuat dalam diri saya sehinggakan saya masih pegang perasaan dan prinsip Izzah sampai sekarang,” ujar Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2008 ini.

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” 

gua.com 
08:35

Yusri KRU & Lisa Surihani dating bawa pengapit?

Dulu kecoh pasal Yusri dan Maya karin, sejak akhir2 ni pula nama Yusri mula dikaitkan gan pelakon yang menjadi pujaan lelaki malaya (cewah!) sape lagi kalo bukan Lisa Surihani. kalau betul mereka ni ada hubungan yang istimewa harap sampailah ke jinjang pelamin. lagipun dua2 sama cantik dan sama padan, tak gitu...



baru-baru ini ada yang ternampak kelibat merpati dua sejoli itu makan malam di kawasan Ampang, Selangor. Yusry dan Lisa sedang berjalan menuju ke meja sambil masing-masing berteman. Lisa ditemani ibunya, manakala sutradara muda itu ditemani seorang kawan.

@: agak2 boleh jadi weeding of the year tak macam perkahwinan yusri gan erra dulu?
08:18

Jang Wooyoung Kalahkan Putera William dan Kate Middleton di Twitter

Salah seorang ahli kumpulan popular Korea, 2PM, Jang Wooyoung berjaya mengalahkan topik tentang perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton di laman sosial Twitter.
Dia yang menyambut ulangtahun yang ke 23 iaitu dilahirkan pada 30 April 1989 ini mendapat ucapan sempena hari lahirnya daripada peminat seluruh dunia.
Biarpun sudah berusia 23 tahun, namun ramai peminat-peminat yang mahukan dia sentiasa kekal dalam usia muda remaja.

@:fuh memang kuat penangan kpop neh sampai ade pula kpop versi tak bape nak cerah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us