Breaking

December 8, 2010

20:28

Hijrah Siti Nordiana; Dulu Sopan Kini Seksi

Penyanyi Siti Nordiana Alias, 26, kerap tampil dengan imej sopan dan ringkas sebelum ni. tapi berbeza pula di majlis parti Eh! yang diadakan baru-baru, Siti Nordiana memakai gaun pendek yang dikatakan seksi melampau. yeke? tapi bukan Nana sorang aje Nita pun sama.



kata Nana, penampilannya yang mengenakan gaun rekaan Hani Suraya itu sebagai tanda pembaharuan diri serta kemunculan baru dalam industri seni setelah lama menyepi.
"Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.
imej Nana sebelum ni

@: kalo kes camni leh dikata hijrah ke jugek? macamne dengan yang ini pula
19:39

Sein Ruffedge Dan Nana Bercerai | Mangsa Sumpahan Ke-7 Sehati Berdansa?

Ramai yang kata Sehati Berdansa membawa nasib malang kepada pasangan artis yang penah menyertai program ni. apa taknya ramai selebriti yang bercerai lepas menyertai program ni. antara yang me tahu pasangan sah bercerai lepas menyertai Sehati Berdansa yelah


  1. Asheed Def Gab C dan Sharifah Noor Shima
  2. Atilia dan Arif
  3. Dira Dan Ash
  4. Radhi Oag Dan Shazlin
  5. Anne Ngasri dan Wafi
  6. Sabrina dan Shari
dan hari ni pula juara Sehati Berdansa 3, Sein dan Nana. Sein dan Nana telah sah bercerai dengan talak satu. Sein dan Nana telah berkahwin sejak tahun 2006 dan memiliki 2 cahaya mata. Kedua-dua anak mereka masih berumur kira-kira 3 dan 4 tahun. 

ni lah kot yang dikatakan sumpahan Sehati Berdansa yang terkena kepada pasangan2 ni. dah macam sumpahan Mahsuri sampai 7 keturunan pula. tapi jodoh pertemuan, ajal maut sume Dia yang tentukan. harap2 lepasni takde lagi cerai berai yek :D

December 7, 2010

17:51

(Gambar) Maizawati Dan Suami Macam Adik Dengan Kakak | Rumahtangga Pula Bergelora?

Betul ke rumahtangga Maizawati ada orang ketiga seperti yang diluahkan di facebook Maizawati sendiri? yang tu me kurang minat nak amek tahu, tapi kalo korang berminat boleh baca kat bawah

Khas Buat Suami Yang Tercinta

Ingatlah masa cepat berlalu tapi jangan pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.

Alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akan peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bukanlah DIA dan tidak akan pernah sama dengan DIA.

Jadi buktikanlah sayangku yang kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat.

Ingatlah jangan terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jangan kau duduk dalam khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yang tahu hanya kau dan aku sahaja mengetahui segalanya.

Jagalah amanah yg kau terima ini dengan sebaik mungkin, jangan kau sakiti hatinya yang terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila terkena air mata yang berderai.

Dalam hatinya ada kamu dan tidak pernah terdetik dia ada yang lain inilah janjinya. Selagi kau masih setia pada yang satu.

sumber: Beautifulnara.com


yang me nak kongsi kat sini beberapa gambar Maizawati dan suami yang nampak mesra dan bahagia ala macam pasangan suami isteri yang lain. tapi me tengok macam adik gan kakak pun ada, apa taknya jarak umur antara Maizawati dan suami 12 tahun! tu lah yang dikatakan jodoh, tak mengira usia.

maiza dan suami

maiza dan suami

maiza dan suami

maiza dan suami

kalau sebelum ni Maizawati dah kongsi petua kekal subur dan gebu. pasni bolehla Maizawati kongsi petua cemana dapat suami muda eheheh
08:55

(Gambar) Hidung Siti Nurhaliza Makin Kempis?

Salam semua...kali ni kawan nak crita pasal siti, Bukan crita psl Siti Sarah, dan bukan juga Siti wan kembang mahupun Sitikus...ekekeke..tapi nak crita pasal siti nurhaliza. Korang perasan x makin ari Tok Siti kita ni makin cun habis tahap dewa la katakan. Dan yg paling kawan perasan tang hidung die yg makin lama makin menguncup dari dulu..Kalau nak ckap disebabkan oleh editing or makeuping, imposible pulak coz makeuping ni bole cover hidung die dr front view jerk.. nak ckap die modify hidung die, bole jadi jg...Kan tang muka tu sumber rezeki dan market sales dia...Kalau muka tak cun,haram lah mak joyah nak beli produk simply siti geng....apa2 hal korang nilai la sendiri ek


gambar zaman muda mudi, batang hidung siti kurang tinggi

gambar skang, hidung siti nampak mancung dan kempis bebanding dulu

@: hmm..nampak tak beza hidung siti dulu dan skang. lu pikir la sendiri eheh
entry dr my sis heee :D

December 5, 2010

06:23

Ayu Raudhah Tak Edar Kad Kahwin Kepada Pekin

Salam semua, mesti ramai peminat yang tak sabar menanti tarikh 20 Januari 2011, hari perkahwinan Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha. Bukan peminat aje bekas kekasih Ayu Raudah; Pekin pun nampaknya tak sabar nak hadir ke majlis perkahwinan Ayu nanti. hinggakan pelakon Pekin mengeluarkan dakwaan dia telah menerima kad undangan daripada Ayu.


bila ditanya kepada Ayu, die sendiri belum mengedarkan kad undangan perkahwinannya. katanya; 
“Saya belum menempah kad undangan kerana semuanya masih dalam proses. Jadi, saya agak terkejut apabila dia mengeluarkan dakwaan seperti itu,” 
“Saya belum membuat keputusan sama ada akan menjemput dia atau tidak tetapi saya rasa tiada masalah untuk menjemputnya kerana kami tidak pernah bermusuh,
kad kahwin tak siap lagi tapi Pekin mengatakan dah menerima kad undangan, uhuh pelik betul...mungkin Pekin tersilap baca kut yang tu kad kawin orang lain punya. harap Pekin besabar ye pasti Ayu akan hantar kad undangan yang betul nanti :D 

December 4, 2010

18:20

(Gambar) Zaibo Berkahwin Pada Usia 54 Tahun, Tahniah!

Selama ni me ingat uncle zaibo dah beristeri, rupanya Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo baru menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat, Jumaat.


kata Zaibo yang mengenali isterinya selama 10 tahun lalu;
“Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya menemui teman hidup pada usia sekarang. Inilah yang dikatakan jodoh,”
 

sumber:mStar

tahniah, semoga berkekalan hingga ke anak cucu heee~
11:29

Filem Ngangkung Lagi Hebat Dari 2 Alam | Sinopsis & Trailer Ngangkung

Hebat juge filem tempatan ni dalam masa seminggu sudah mengutip RM3.2 Juta. walaupun promosi tak sehebat 2 Alam, filem Ngangkung mendapat kutipan jauh lebih banyak berbanding 2 Alam yang hanya mengutip 0.23juta dalam seminggu.

filem ngangkung



Sinopsis:
Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor. Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka


Trailer filem Ngangkung

10:24

Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah Saman Uncle Seekers

Salam semua, dalam buletin utama semalam Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman memfailkan saman terhadap Uncle Seekers atau nama sebenar Syed Abdullah Hussein Al-Attas kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

siti aishah

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

@: takpe Uncle seekers kan banyak duit nak bayar saman tu yang sukati hati dedah cerita peribadi bekas permaisuri agong.

December 1, 2010

11:34

Harga Petrol RON97 Naik RM2.30 per Liter

Salam semua, mulai tengah malam tadi harga petrol RON97 naik lagi 15 sen kepada RM2.30. manakala harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. 




bila minyak dah naik segala jenis barang pun naik juga lah harganya...hmmm makin meningkatlah kos sara hidup pasni


08:54

Soalan Bocor SPM Bahasa Melayu Kertas 2

Salam semua, sebelum ni kecoh pasal soalan bocor SPM Bahasa Melayu kertas 2. Sebenarnya me pun penah terbaca artikel ke'bocor'an soalan Bahasa Melayu Kertas 2 yang diduduki calon 23 November lalu. Menurut apa yang me terbaca, kebocoran soalan tu bukan berlaku di Kedah seperti yang ditulis dalam Kosmo! tapi di negeri yang kononnya penggubal soalan berasal dari situ. tak perlulah me sebutkan negeri tu yek...


tak tahulah kebocoran atau kebetulan, sebabnya salah satu tajuk esei yang dikatakan bocor tu betul2 keluar dalam BM kertas 2. dan tajuk esei yang dimaksudkan berkaitan "pengawas sekolah". rasanya soalan no.1 kut. nak cerita lebih detail me pun tak tahu keadaan sebenar, sebabnye me pun just terbaca dan terdengar je. maklumlah kalau tak tahu cerita sebenar boleh jadi kabar angin saja.

Kementerian pelajaran pun dah buat siasatan dan peperiksaan kertas tersebut takkan diulang. baguslah tu mesti calon2 SPM pun senang hati tak perlu nak tulis esei pepanjang lagi kan3...

@: mase me spm dulu ade juga kabar angin kononnya soalan bocor dan nak ulang paper. kire benda ni dah jadi kabar angin turun temurun kut huhu :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us