Breaking

March 10, 2016

09:28

Food Review: Ais Krim Gula Apong, Enak.

Food Review: Ais Krim Gula Apong

Salam. Semalam sempat singgah di supermarket Giant Kota Padawan. Masa tengah jalan nak menuju ke Sugar Bun food outlet, ternampaklah satu gerai yang nampaknya baru dibuka. Dilihat pada banner ada menu yang menyelerakan iaitu Aiskrim Gula Apong. kebetulan me memang dah lama mengidam nak merasa ais krim yang agak famous ni, betul ke enak? sebabnya kalau pegi kat mana-mana gerai yang menjual aiskrim gula apong, mesti ramai yang beratur panjang.


rasa aiskrim gula apong ni memang enak, manis pun tak berapa dan caramelized sugar menambah keenakan ais krim gula apong ni. kalau makan masa hot and sunny day memang sesuai sangatlah. Instead of aiskrim gula apong cone yang berharga RM1.50, ada juga dijual aiskrim gula apong cup dan ais krim gula apong takoyaki...

 

Food star **** (empat bintang!)...thats mean you all mesti cuba aiskrim gula apong ni.

March 4, 2016

15:50

Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!

Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!

Kek Batik sebut aja pasti terbayang lapisan biskut yang dilitupi coklat. kek batik ni dari zaman study lagi dah buat. Mudah dan menyelerakan.
Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko (me prefer Van Houten)
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
15:44

Resepi Laksa Sarawak Sedap!

Resepi Laksa Sarawak
Laksa-Sarawak
Bahan-Bahan:
Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)
200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Sambal Udang Kering –
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara Membuat:
Pes Laksa –
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).
2.Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak –
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Sambal Udang Kering –
1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
credit: resepibonda
Laksa-Sarawak
08:59

Neelofa Ingin Segera Berkahwin Dengan Lelaki Yang Matang Dan Berusia

Neelofa Ingin Segera Berkahwin Dengan Lelaki Yang Matang Dan Berusia. Impian Neelofa ini dikongsikan menerusi Utusan Online.
Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.
Mungkin anda tidak tahu, tetapi dalam diam ada sahaja lelaki yang ingin mendekati Neelofa tetapi hubungan mereka tidak berjaya kerana kurang persefahaman.
Neelofa juga akui beliau mempunyai ego tersendiri dan memerlukan seseorang yang matang sebagai teman hidup.
Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak. Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami.
Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman. Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan, jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya.

Semoga bertemu jodoh Ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us