Breaking

December 22, 2017

04:56

SARA 1 MALAYSIA, PINJAMAN MUDAH ALIH BAGI RAKYAT BERPENDAPATAN RM3000 DAN KE BAWAH

Untuk membuat permohonan SARA 1Malaysia,  borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) boleh didapati di bank tempatan yang terpilih seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Januari 2012. Tempoh permohonan adalah selama satu tahun.
Apakah Skim SARA 1Malaysia ?
Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.
Bagaimana cara memohon Skim Sara 1Malaysia?


  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012.
  2. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
  3. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja


Pastikan memenuhi syarat minima bagi mengelakkan sebarang masalah terjadi.
04:50

KERETA MAMPU MILIK, APA TUNGGU LAGI DAPATKAN SEMUDAH CARA INI

Berikut adalah perkongsian mengenai tempoh masa lulus pinjaman atau loan kereta menerusi bank. Maklumat ini adalah sangat berguna bagi mereka yang akan memiliki kereta buat pertama kali. Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada salesman, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta. Pihak salesman pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisKPjMi675-xxqdsRiZf9s05MudNH2zzv_gy0iF3z9ysiWHrvy21_Veo5jo6thYnlFLsHe4q9cHANhlfTjMHQMwL0EROoHeBPQSQf3Py9NHhNV0yIBwhQWw5ZyAXNC_EsgmoePVgudvEKn/s320/Pinjaman-Kereta.jpg
Syarat Lulus Loan
  • Nama tidak senarai hitam/ Muflis
  • Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
  • Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
  • Ansuran kereta mestikan 1/3 dari gaji bersih anda
Contoh Pengiraan Lulus Loan Kereta
Bulanan Kereta: RM600

RM600 X 3: RM1800
Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600
Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank
  • Setelah salesman menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
  • Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak salesman untuk keputusan loan.
  • Maksimum kelulusan loan juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.


Kereta adalah aset jika disimpan dengan sebaiknya, namun boleh menjadi beban apabila kereta tidak dipandu dengan cermat. Pastikan pemeriksaan kereta dibuat secara teratur.

January 31, 2017

20:16

Sumpah Rajang atau Janji Kinabalu

Salam bulan Febuari di tahun 2017. Acap kali terngiang di skrin HD lagu rakyat ~ku dengar janjimu bayu kinabalu, ku dengar sumpahmu rajang yang berliku~.

Agaknya penulis lirik tu sedar tak Sabah ada liku sungai Kinabatangan dan Sarawak ada puncak gunung Santubong.

Boleh dipertimbangkan untuk lagu Sukan SEA 2017.

September 9, 2016

09:43

Kekasih Erra Fazira Terima Ucapan Hari Lahir

Kekasih Erra Fazira Terima Ucapan Hari Lahir
Erra Fazira dan Shahir AF8 sememangnya dikatakan sebagai pasangan bercinta meskipun Erra tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya.
Namun, tindakan Erra yang memuat naik foto Shahir di akaun Instagramnya bersempena dengan hari lahir Shahir telah mendapat perhatian ramai.Malah, Erra juga menyertakan ucapan yang cukup bermakna buat Shahir.
CAKKKK!!! A surprise for u dear! jangan marah! Jangan tipilanjat!! . SELAMAT ULANG TAHUN!! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu.. Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah. Terima kasih kerana byk menyumbang positive vibes into my life.. wishing you happiness and may this year bring you endless joy and tons of precious memories.. #bdaywishes #jengjengjeng  #berjaya #larikkk
Foto tersebut mendapat lebih lapan ribu “likes” dan lebih lima ratus komen. Ramai yang mendoakan agar Erra dan Shahir mempunyai jodoh bersama dan semoga mereka berdua bahagia.
Tak salah wish birthday dekat someone kerana itu mengingatkan kita kepada kesyukuran.

09:35

Salam Jumaat, Salam September Salam Hari Raya Haji

Assalam readers,
Image result for salam jumaat

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari raya haji. Bersempena dengan tahun baru hijrah ini, tuan tanah nak buat shortlist bagi mengaktifkan dan memeriahkan lagi blog ini.. Antaranya

Menghapdet blog setiap hari.
Menulis cerita bersiri (penulis novel gittew)
Heart to Heart confession (ala-ala kaunseling gamaknya)
Simple giveaway.

Hopefully, semua perancangan menjadi kenyataan. Aminnnnn

March 10, 2016

09:28

Food Review: Ais Krim Gula Apong, Enak.

Food Review: Ais Krim Gula Apong

Salam. Semalam sempat singgah di supermarket Giant Kota Padawan. Masa tengah jalan nak menuju ke Sugar Bun food outlet, ternampaklah satu gerai yang nampaknya baru dibuka. Dilihat pada banner ada menu yang menyelerakan iaitu Aiskrim Gula Apong. kebetulan me memang dah lama mengidam nak merasa ais krim yang agak famous ni, betul ke enak? sebabnya kalau pegi kat mana-mana gerai yang menjual aiskrim gula apong, mesti ramai yang beratur panjang.


rasa aiskrim gula apong ni memang enak, manis pun tak berapa dan caramelized sugar menambah keenakan ais krim gula apong ni. kalau makan masa hot and sunny day memang sesuai sangatlah. Instead of aiskrim gula apong cone yang berharga RM1.50, ada juga dijual aiskrim gula apong cup dan ais krim gula apong takoyaki...

 

Food star **** (empat bintang!)...thats mean you all mesti cuba aiskrim gula apong ni.

March 4, 2016

15:50

Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!

Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!

Kek Batik sebut aja pasti terbayang lapisan biskut yang dilitupi coklat. kek batik ni dari zaman study lagi dah buat. Mudah dan menyelerakan.
Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko (me prefer Van Houten)
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
15:44

Resepi Laksa Sarawak Sedap!

Resepi Laksa Sarawak
Laksa-Sarawak
Bahan-Bahan:
Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)
200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Sambal Udang Kering –
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara Membuat:
Pes Laksa –
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).
2.Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak –
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Sambal Udang Kering –
1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
credit: resepibonda
Laksa-Sarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us