Breaking

April 14, 2012

10:27

SADIS! Ajal selepas jumpa tunang, polis maut digilis lori


BUKIT MERTAJAM – Hasrat murni seorang anggota polis untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya hujung Mei ini berkecai apabila dia maut selepas menjadi mangsa langgar lari oleh sebuah lori satu tan di Jalan Permatang Tinggi dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan anggota polis dari Balai Polis Machang Bubok, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Nan Ruazlan merupakan anak kelahiran Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.
Kemalangan itu berpunca apabila Nan Ruazlan yang sedang meronda bersama seorang rakan dengan menunggang dua buah motosikal terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.
Ketika hendak berhenti selepas memintas kereta itu, pemandunya yang merupakan seorang lelaki telah memecut laju hingga bergesel dengan motosikal mangsa.
Akibatnya, mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan Nan Ruazlan terpelanting di atas jalan sebelum dia digilis sebuah lori.
10:23

Guru boleh sambung Ph.D di 5 sekolah terpilih


JOHOR BAHRU – Guru yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (Ph.D) kini boleh mengikuti pengajian di lima buah sekolah terpilih di negara ini.
Program Ph.D yang julung-julung kali diadakan itu turut membabitkan pembinaan makmal khas di lima buah sekolah terpilih dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sebanyak 100 tempat bakal ditawarkan kepada guru pada peringkat awal.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Zaini Ujang berkata, kelima-lima buah sekolah terlibat terletak di Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Sebelum itu, menurutnya, UTM telah diberi kepercayaan daripada Kementerian Pelajaran bagi mengendalikan program berkenaan.
“UTM menyediakan penyelia bagi kesemua guru terlibat dengan setiap sekolah dibahagikan kepada 20 pelajar.
“Sebanyak RM80 juta diperuntukkan dan setiap sekolah menerima sebanyak RM50,000 bagi tujuan naik taraf makmal,” katanya.
10:17

Gambar Adlin Aman Ramli Dan Rantai Salib Adalah Superimpose!

Gambar pengkritik tetap Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli memakai rantai yang ada lambang salib? Gambar ini diambil ketika Konsert AF minggu ke-6 yang lalu. Kalau dilihat dari jauh memang nampak macam lambang salib atau ada orang yang nak kenakan Adlin dan buat superimpose!


kalau korang perati betul2 gambar 1 dan 2, separuh rantai tu berada kat bahagian dalam baju Adlin, manakala gambar ketiga dah terkeluar sepenuhnya pula sedangkan ia hanyalah di zoom. so tak mustahil ni adalah sekadar gambar superimpose!
10:09

KEJAM! Amah dikurung sampai mati dalam stor barang


BUKIT MERTAJAM – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu.
Soh Chew Tong, 43, dan isterinya Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di premis bernombor 2190 Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di sini pada 1 Januari hingga 1 April.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mereka yang diwakili peguam bela, Michael KL Chee hanya tunduk ketika pertuduhan dibacakan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Chiang Kian Hong menetapkan pada 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid.
Difahamkan, tiga pekerja pasangan itu, termasuk seorang wanita, dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan.
Akhbar pada 5 April lalu melaporkan mayat Mey Sichan ditemui di atas katil di dalam sebuah stor barang di tingkat dua premis perniagaan milik kedua-dua tertuduh.
10:02

Status Permohonan MyPR Aaron Aziz Tidak Lulus


Pada Rabu lalu, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu berita gembira buat para peminat Aaron apabila pelakon kelahiran Singapura itu membuat kenyataan permohonan MyPR telah diluluskan dan ia akan diambil pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Aaron tampil membuat penjelasan dia belum mendapat sebarang kelulusan berkaitan MyPR lagi, namun, mengakui dia ada bercakap gurau seperti yang diperkatakan dengan seorang teman wartawan yang dikenalinya itu.

"Saya kesal apabila kata-kata gurau bersama seorang teman wartawan disalah anggap dan terus menjadi satu berita yang besar di akhbar pada keesokan harinya.
"Oleh itu, pengajaran untuk saya di masa akan datang ialah, jangan bergurau dengan wartawan, kerana ia mungkin akan menjadi satu isu yang serius nanti," katanya 
Kata Aaron, pada kejadian tersebut, dia dan temannya itu sedang rancak berbual mengenai kemenangannya sebagai Bintang paling popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011) selain isu kritikan daripada aktor Zed Zaidi yang tidak puas hati dengan kemenangannya itu dan hal tersebut mungkin membuatkan dia teruja untuk berbicara mengenai isu permohonan MyPR itu.
"Tak sangka selepas kemenangan yang diperoleh, dua kontroversi tercetus sekaligus. Dan ia merupakan cabaran yang paling berat perlu dilalui sepanjang saya bergelar pelakon.
"Malah isteri saya turut terkena tempiasnya apabila ramai yang bertanyakan tentang hal itu," katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Adam dan Hawa.

April 13, 2012

17:32

Gambar Semasa Gempa Bumi Aceh 11 April 2012


Gambar Detik Cemas Gempa Bumi Aceh 11 April 2012. Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang waktu Malaysia. Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan Tsunami tidak berlaku. Malaysia terutamanya di pantai barat semenanjung malaysia merasai gegaran daripada gempa bumi tersebut. Amaran Tsunami di Malaysia juga telah ditarik balik.

Gambar Gempa Bumi Banda Aceh
Photobucket
Gambar Sekitar Pulau Pinang Malaysia

Gambar Sekitar Thailand
Photobucket
Photobucket


Sumber: melvister.com 
13:14

Lisdawati Jawab Isu 'Suami Miang'!

Hari ini dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 mengutarakan isu 'Suami miang tetapi setia'. Artis yang menjadi jemputan adalah Lisdawati. Rasanya Lisdawati mempunyai pengalaman untuk dikongsikan dalam rancangan tersebut, sebab tulah dia dipilih sebagai tetamu jemputan.

tetapi memang tak dinafikan ade saja gosip berkenaan suaminya Fauzi Nawawi yang dikaitkan dengan wanita lain. Miang aje tapi setia boleh terima lagi kut, kalu miang pluss curang parah dibuatnya
09:51

‘Hidup saya terganggu’kata Sri Wani Choo Abdullah yang difitnah madu-madunya


IMEJ BARU...Sri Wani tampil bertudung ala purdah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: “Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.


Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.


“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.


Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.



“Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.



“Media siarkan tempat tinggal dan tempat saya berniaga hingga membahayakan keselamatan saya,” katanya.


Dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung gangguan dihadapinya dan berhasrat memasukkan laporan itu dalam pindaan permohonan injunksi berkenaan.

09:40

Aidil Zafuan Tuntut Cerai, Rita Rudaini sedia jadi ibu tunggal


SETELAH empat bulan ditinggalkan tanpa mendapat sebarang nafkah, akhirnya pelakon popular Rita Rudaini Mokhtar terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan diceraikan oleh suaminya iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.
Lebih perit, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang sudah memfailkan penceraian mereka sehari sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Biarpun terpaksa menelan hakikat yang dia bakal diceraikan oleh suaminya pada bila-bila masa, ternyata pelakon yang pernah popular menerusi filem Mami Jarum itu masih mampu kelihatan tenang.
Malah, sewaktu meraikan majlis ulang tahunnya yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rita masih mampu tersenyum dan kelihatan ceria melayan para tetamu yang hadir.
Semasa diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di hadapan tetamu sempena majlis ulang tahunnya itu, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan kali pertama dia meraikannya secara besar-besaran.
"Sebenarnya bukan senang untuk saya mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bersama anda semua bersama-sama meraikan hari ulang tahun kelahiran saya.
"Apa sahaja dugaan dan cabaran yang melanda terhadap diri saya sekarang, paling penting saya masih mempunyai kedua-dua orang anak yang menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan," ujarnya.
Menurut Rita, selama ini dia tidak pernah meraikan sambutan ulang tahunnya dalam sebuah majlis yang besar serta menganggap ia merupakan hadiah yang paling bermakna buat diri saya.
"Lagipun tujuan saya menganjurkan majlis ini adalah untuk meraikannya bersama rakan-rakan dan peminat yang telah banyak menyokong semenjak saya terbabit dalam industri seni.
"Saya juga sangat berterima kasih dengan beberapa orang pengarah yang banyak memberi tawaran berlakon serta rakan media yang masih memberi peluang kepada saya, meskipun sebelum ini saya pernah dipulau oleh mereka," ujarnya yang kelihatan cukup jelita dengan kuntuman bunga mawar yang didandan kemas di kepalanya.

09:27

Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi


TAK sudah-sudah kontroversi yang dicipta oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi. Selepas isu tiga usul yang dikemukakan kepada kerajaan, keluar pula isu Zed membelakangkan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dalam membuat sebarang keputusan berhubung persatuan tersebut.
Belum lagi reda kedua-dua isu yang ditimbulkan, Zed sekali lagi mencipta kontroversi baharu apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati di laman sosial Twitternya mengenai kemenangan pelakon Singapura, Aaron Aziz menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2011 baru-baru ini.
Walaupun kenyataan di laman sosial Twitternya tidak menulis nama Aaron tetapi ramai pengikutnya yang tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Zed itu.
Dalam Twitter milik Zed itu, dia menulis: ‘AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakkan artis luar merosakkan industri seni!’
Apa yang membuat khalayak meluat apabila Zed menafikan pula kenyataan tersebut ditujukan kepada Aaron. Kalau begitu siapa yang dimaksudkan Zed? Kenapa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu? Adakah untuk kepentingan sendiri atau sekadar suka mencari publisiti?
Zed Zaidi memberi alasan kepada Kosmo! tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media.
Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula?
Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.
Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu?
Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar.
Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular.
Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan.
Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini?
Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka.
Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik?
Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini.
Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima?
Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini.
Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan?
Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us