Breaking

July 31, 2011

22:53

Neelofa Heroin Filem Rentaz, Arahan Mamat Khalid

Makin laku nampaknya pelakon dan model yang cukup kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor, 22.  banyak tawaran belakon yang diterima, dan baru2 ni Neelofa menerima tawaran sebagai heroin filem seram komedi arahan Mamat Khalid, Rentaz.



"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.
21:25

Khairul Fahmi Putus Tunang Dengan Elia

Panass! tajuk muka depan metro ahad Khairul Fahmi Putus Tunang Dengan Elia. adakah gosip (Gambar) Dahlia Teck Kekasih Baru Khairul Fahmi?punca Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia.

Tiada orang ketiga


Khairul Fahmi Che Mat menafikan tindakannya memutuskan pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22 adalah berpunca dari orang ketiga.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

09:55

Kris Dayanti bersalin di Jakarta


Khabarnya Kris Dayanti akan melahirkan bayi di kampung halaman suaminya di Dili. Namun Kris kemudian mengesahkan bahawa dia memilih Jakarta untuk kelahiran anak ketiganya kelak.
"Saya masih belum bersiap lagi. Suami juga baru menyediakan kamar buat anak saya di rumah di sana. Saya berangkat ke Dili untuk mengucapkan selamat buat mertua saya yang tidak dapat menemani saya kelak. Saya sudah bersiap sedia untuk bersalin di Jakarta. Sebulan sebelum bersalin dan dua bulan setelah bersalin, saya akan berada di Jakarta," ujar Kris.
Diva yang akrab dipanggil KD ini juga memberitahu bahawa anaknya bakal lahir pada awal September.
"Kandungan saya sudah masuk lapan bulan dan ini merupakan anak ketiga. Kini saya sudah masuk 36 tahun dan jauh merasa tenang. Badan saya naik sampai 11 kilogram," katanya gembira.
"Tentang jantina, biar jadi kejutan sahaja. Apa yang pentingnya saya melahirkan di Jakarta, biar lebih efisien," ujar penyanyi lagu Mencintaimu itu.

July 30, 2011

20:04

Abby Abadi Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey


Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.
Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.
Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya 
19:59

Lelaki Tukar Jantina, Mohd Ashraf Hafiz Meninggal Dunia


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi Sabtu.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. 
11:02

(Video) Majlis Nikah Perkahwinan Nurul Syuhada & Raja Amir

sebelum ni dah tengok koleksi gambar perkahwinan dan video pre wedding Nurul Syuhada & Raja Amir. kali ni jum layan video majlis pernikahan Nurul Syuhada & Raja Amir yang berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai yang lepas




July 29, 2011

19:37

Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat



Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

July 28, 2011

08:18

(Gambar) Dahlia Teck Kekasih Baru Khairul Fahmi?


fuh! gosip2...dengar citer hubungan Khairul fahmi dan tunangnya, Elia berantakan. citer ni dipanaskan lagi dengan beberapa keping gambar Khairul fahmi ngan perempuan yang dikenali sebagai Dahlia Teck. dan status Elia di facebooknya yang menyatakan Khairul fahmi dah berubah? hmm..teruskan membaca

gambar dahlia teck

gambar dahlia teck

gambar dahlia teck

adekah ni sekadar gosip atau tak kene tanya kat tuan badan sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us