Breaking

April 21, 2011

08:55

(Gambar) Bakal Tunang Ashraf Muslim

ramai yang tertanya2 sapekah gadis betuah yang bakal menjadi tunang Ashraf Muslim. dan kemungkinan besar inilah orangnyer...


gambar tunang ashraf muslim


Nama gadis di atas Noor Dayana, 24 tahun.kini sedang menuntut di final year Medic Student di Malacca/Mannipal University. Dan Noor Dayana merupakan anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah.

@:kalo nak tahu betul ke tak ini orangnyer, kite tunggu je majlis tunang ashraf sabtu neh

beautifulnara

00:42

Justin Bieber & Kekasih Tiba Di KLIA Petang Esok

Justin bibir akan tiba esok! sure ramai yang tak sabar nak tengok konsert live Jb neh. sampaikan tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual. waooo sampai mcm tu skali

kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez...kata dah break? owh wuteva

 

 konsert akan berlangsung pada khamis, pukul 8.30 malam di Stadium Merdeka. sape tak mampu nak beli tiket duk umah je diam2 k
00:31

Cinta FB Zed Zaidi & Natalia Mustafa Kamal

Nampaknye bukan Ashraf Muslim aje yang bakal melangsungkan perkahwinan, pelakon Zed Zaidi, 31, atau Rozaidi Abdul Jamil juge bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

memandangkan Zed mula mengenali Natalia melalui FB, so kad kahwin pun sejibik bentuk FB. kalo buat event invitation kat Fb je kan senang, barulah perkahwinan Fb namanya


menurut zed





“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.
“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,”
 


Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti. congrate :D

mstar

April 20, 2011

18:10

abang ber'tetek'

baru tadi terserempak dengan abang ber'tetek'. muke jantan tapi tang dada pompuan, haishh ni mutasi ke hape. disebabkan promosi hebat dari hari ke hari sebab tu lah golongan ni makin bertambah kut. sebelum ni kecoh pasal Miss Pahang, hari ni kuar pulak citer si Kajol kat metro.


@: pasni jangan pula ada yang 'bertukar' semata2 nak masuk metro
17:17

Komen Anang Tentang Kehamilan Krisdayanti

dalam entry sebelum ni, ex-wife Raul Lemos tergelak besar mendengar berita Krisdayanti hamil 4 bulan. apa pulak respon dari ex-husband Krisdayanti?


"Soal cepat atau tidak, terkejut atau tidak, sebenarnya ia tidak sesuai diajukan kepada saya. Malah, saya juga tak mampu memberikan apa-apa komen,"
Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) DKI Jakarta, Habib Selon berkata
“Dalam Islam ada dua hukum. Pertama, jika dia hamil empat bulan sebelum bernikah, maka anaknya dipanggil anak zina dan ibu bapanya boleh direjam

@: tak semua artis boleh dijadikan role model yer...sebab hidup mereka pun dah macam roller coaster

April 19, 2011

19:12

Krisdayanti Hamil 4 Bulan, Ex-Wife Raul Lemos Ketawa

Usia perkahwinan baru mencapai sebulan tapi Kris Dayanti dah hamil 4 bulan. ni bukan lagi bunting pelamin namanya, bunting di luar pelamin eheh...

Krisdayanti Hamil 4 Bulan, Ex-Wife Raul Lemos Ketawa


Mendengar laporan tersebut, bekas isteri Raul Lemos iaitu Atha terus tertawa.


"Saya bercerai dengan Raul Lemos pada Disember lalu. Ertinya masa belum bercerai lagi, dia (Krisdayanti) sudah pun bunting," katanya kepada wartawan.
"Yelah, sebelum bernikah lagi, mereka memang dah duduk sama-sama. Kalau ke Timor Leste pun, tinggal bersama. Jadi, kalau dia (Krisdayanti) bunting pun, memang logiklah. Jadi, ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan," kata Atha lagi.

Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

~murai

12:55

Memey ajar anak2 abby ponteng sekolah?

ni apa yang me bace kat forum cari tadi. kelakar juga bunyinya. Memey ajar anak2 abby ponteng sekolah? sejak bile pula anak2 abby ni tinggal serumah gan memey

tepakse print sreen je coz tak leh nak add twitter memey :(

@daisymaggi ok...once u ok..g tau la...I ck kt dia org u kluar...dia org ponteng sekolah...
Mama dia org x tau la...klu tau lain jadinya..:ehe...dr bangun pagi meronta2 nak g umah u..I ckp ui blm bangun ... http://tmi.me/900FC
Haha..its ok la...ni I bawa dia org kluar jap ...@daisymaggi

lepas tu ade plak yang siap report kat fanpage abby


*832 people like
*383 comments


@: adoyaii...pape je lah sampai bile nak beraman neh?
12:11

...Dalam Botol Bertanding Di Festival Filem Itali, New York

wah tak sangke2 filem penuh kontroversi ...Dalam Botol antara yang tercalon dalam estival Filem Itali, New York! 


apa kata penerbit filem ni, Raja Azmi Raja Sulaiman
"Saya amat gembira apabila dijemput untuk mengadakan tayangan serta mempertandingkan filem ...Dalam Botol menerusi kedua-dua dua festival filem antarabangsa ini.
dan filem ni turut mendapat jemputan festival filem gay untuk mempertandingkan filem ...Dalam Botol
"Dah lapan jemputan festival filem gay saya tolak. Saya bukan mahu filem itu untuk tujuan mempromosikan budaya itu. Saya tak pro atau anti gay, cuma saya buat filem itu untuk memberi atau menjelaskan tentang kisah benar seorang gay, itu sahaja," 

@: papepon tahniah kpd Raja Azmi, mgkin filem ni masih tak dapat diterima minda tempatan tapi bagi mereka yang lebih bersikap open minded filem camni lebih mendapat sambutan.
11:48

Peserta Imam Muda 2, Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah

selepas program Imam Muda 1, kini ada pula sambungannya musim yang ke 2. calon peserta Imam Muda musim 2 kali ni juga lebih bervariasi. 


Senarai 10 Peserta Imam Muda Musim Kedua


  1. Mujahid Suhaimi, 20,bekas ahli gimnastik (Singapura-pelajar) 
  2. Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).
  3. Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa)
  4. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah)
  5. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar)
  6. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).
  7. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam)
  8. Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa)
  9. Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera)
  10. Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Kapsul IM2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam).

@:same2 kiter tonton yek :D

~mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us