Breaking

January 1, 2011

19:17

Bekas Suami Nana Meninggal Dunia; Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan

Khabar tak gembira di awal tahun baru, bekas suami siti nordiana iaitu pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) kira-kira pukul 1.45 petang tadi akibat serangan jantung...al-fatihah



ketika nana dan faizal masih suami isteri



isteri baru Faizal, Rosmunira Rashid




Berita  penuh

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad

-mStar


dan bekas isteri Akhil Hayy; Maizawati Zainal,36, patah tangan kirnya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.


Berita penuh

PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung mStar Online Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.
emalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.

Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.

Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.

Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri

-mStar

13:15

!!!!!....Selamat Tahun Baru 2011.....!!!!!

Salam semua, bukak mata je dah masuk tahun baru 2011. alhamdulillah masih mampu bernafas..so apa azam korang tuk tahun ni????? me sebelum ni tak penah pun pasang azam tahun baru, tapi untuk tahun 2011 banyak rasanya hasrat di hati nak tunaikan ahaks!!!

motip gamba? lolz


first and furthermost

nak tunggu DUIT JPA masuk!! student ukmkl skang dah ngamok2 duit JPA tak masuk lagi. hari tu dah announce bleh dapat 23 dec 2010. pastu postponed plak hujung bulan january WTF! *what the fruit 

nak cashout DUIT NUFF..ahah siyes me tak penah cashout agi...takat sengget due tu kompem2 lah takleh cashout kan..kali ni tak kire sekupang due nak cashout gak muahaha *gelak jahat

nak beli NOTEBOOK baru..tak cukup gan lappy nak notebook ag seketul..tengah sengkek camni kat mane nak dapat eh? nampakny notebook yang tulis gune pen tu je lah mampu

nak jadi MANUSIA...ahaha sebelum ni bukan manusia ke? maksudnye someone yang ade guna dan fungsi paling penting tak nyusahkan orang lain! pendek kata jangan jadik sampah..jangan memain sampah pun ade guna taw skang trash to cash




@:hidup memang susah tapi ada yang masih SAYANG kita...demi mereka hidup kena diteruskan juga insyallah...

December 30, 2010

13:36

Fenomena Khairul Fahmi Che Mat

Skang sume orang sebok memperkatakan pasal Khairul Fahmi Che Mat. sapekah beliau? majistret kah pemain muzik kah...ohoh die sebenarnya penjaga gol pasukan bola sepak negara yang beraksi cukup hebat malam semalam menyelamatkan pintu gol malaysia dari serangan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.


Khairul Fahmi Che Mat
Tarikh Lahir: Jan 7, 1989
Posisi: Penjaga Gol
No Jersi: 22
Pasukan: Kelantan

Pencapaian:
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
Pemain Muda Terbaik 2010
Penjaga Gol Terbaik 2010Personal Interests:FootballGender:Male





Thailand's Sorayoot Chaikamdee (C) makes a shot against Malaysia's  Mohamad Muslim Bin Ahmad and goalkeeper Khairul Fahmi Bin Che Mat (L)  during their qualifying round match at the ASEAN Football Federation  (AFF) Zusuki Cup 2010 soccer tournament in Jakarta December 4, 2010.

boleh dikatakan Khairul Fahmi ni penjaga gol yang terbaik dalam bola sepak negara skang...cayalah!
10:30

Jana Duit Dengan Heartbeat.my Sekarang!

Jana pendapatan dan buat duit secara percuma melalui blog anda dengan Heartbeat
tak perlu risau dengan nuffnang coz Heartbeat tak bagi efek gan status nuffnang korang. 
cepat join skang kalo nak extra money ahah...



Cara untuk join mudah aje

1. Pergi ke website Heartbeat

2. Klik 'LET US START'

3. Klik 'CREATE ACCOUNT'

4. Isikan form

5. Klik 'continue' dan dapatkan code kemudian letak di blog korang


mudah bukan, so jum buat duit gan Heartbeat skang :D

10:21

Klip Video Azman Ismail "SAYA GAY, SAYA OK' Di Padam

Klip video Azwan Ismail seorang jurutera berusia 32 tahun yang membuat pengakuan bahawa dirinya GAY telah dipadam  oleh laman blog yang menyiarkan rakaman video pengakuan tersebut selepas dikecam hebat pelbagai pihak dan kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu



Sasterawan Negara, Shanon Ahmad pernah menulis satu novelnya lebih kurang begini; kenali diri, kenali segala ia seolah memberitahu kita jika kita mengenali diri kita, mengenali tubuh kita, mengennali perasaan kita, mengenali pemikirann kita. Kitalah yang berhak memberitahu orang lain siapa yang kita ingin jadi dan bukannya mereka. Saya Azwan Ismail, umur saya 32 tahun. Saya telah mengaku dan telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk meyakini diri saya bahawa saya seorang gay dan apabilanya saya berani mengatakan saya seorang gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan. Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia terutamanya jika kita seorang yang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang perlu kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi. Tapi jika kita ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustad kita, kawan-kawan kita kebanyakkannya dari pandangan seorang heterosexual. Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay. Kita lebih mengetahui diri kita dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu. Saya yakin keadaan akan menjadi lebih baik kita cuma perlu mencari sumber sumber kekuatan disekeliling kita kerana terdapat mereka yang dapat membantu kita dan akhirnya dapat memberikan keyakinan kepada diri kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang sebagai seorang gay yang lebih tabah. Saya harap anda akan akhirnya dapat menemui super kekuatan itu dan berpegang kepadanya dan akhirnya yakin untuk memberitahu kepada orang lain, Saya Gay, Saya OK.


Azwan Ismail.

Berita Penuh

KUALA LUMPUR: Selepas dikecam hebat pelbagai pihak, laman blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.


“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.

Bagaimanapun, dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan empertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.

Sementara itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan belum menerima laporan atau aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan laman blog terbabit.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SKMM kepada Harian Metro semalam, pihak berkuasa boleh memohon kepada SKMM untuk meminta pihak pemberi perkhidmatan Internet menyekat laman web itu daripada diakses pengguna di Malaysia jika didapati melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Setiap laman web tertakluk kepada undang-undang negara dan untuk kesalahan menghina agama, peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai ialah Kanun Keseksaan dan enakmen jenayah Syariah Negeri yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam bagi negeri berkenaan,” katanya.

SKMM menyeru semua pengguna siber bersikap lebih rasional dan bijak memanfaatkan kemudahan seperti Internet serta berkongsi maklumat dan informasi yang baik dan positif

-hMetro

@: nak wat video "saye gedik, saye ok" howt tak? ahah
08:46

Yeaaah!! Malaysia Juara Piala Suzuki AFF | 31 Disember Cuti Umum

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya merangkul Piala Suzuki AFF apabila menewaskan Indonesia secara agregat 4 - 2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.




penyerang Malaysia Safee Sali menjaringkan gol pada minit ke-52. Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan serangan Indonesia. Walaupun Indonesia menang 2-1 di tempat sendiri, keputusan agregat 4-2 melayakkan Malaysia bergelar juara. pasukan negara membawa pulang wang tunai 100k dolar..wah kalo convert gi ringgit malaysia banyak gak tu

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.


@:esok cuti taw..yippie eh ukm cuti jugak ke?

December 28, 2010

22:28

Bengkel Perniagaan Internet Dan Blogshop, korang berminat?

salam semua, mood malas nak update blog dah mula bersarang ahah...bukak sem je banyak keje yang nak kena settlekan. hmmm skang ni kelab kitorang under UKM rancang nak wat bengkel perniagaan internet, kononnye nak bagi student blajar bisnes melalui tenet r ni. tapi tak tahu lagi nak jemput sape tuk bagi talk mase bengkel tu nanti. me ade juga search pasal En.Zamri Mohamad. rasanye die memang dah banyak pengalaman buat bengkel bagai..


so sape2 yang pernah pegi bengkel atau ceramah yang berkaitan dengan perniagaan internet leh la cadangkan nama penceramah tu. kut2 leh juga kitorang jemput die pula nak bagi talk kat ukm.



@: tuk entri kali ni me just nak minta cadangan dan komen dari korang...

December 25, 2010

21:30

Kereta Polis Malaysia Terbaru vs Kereta Polis USA!

me suka juga layan bab2 kereta ni, lebih2 lagi design kete yang 'pelik' yang jarang nak jumpa. bebalik kepada tajuk baru-baru ni PDRM melancarkan kereta terbaru buat polis peronda model Naza forte. sekali tengok macam kete polis USA pun ada.

1. kereta polis malaysia




2. USA police car


hampir sama bukan. bukan setakat sebijik tapi dua biji tiga biji pun ada



@: sape yang rase2 nak naek kete ni korang leh pure2 tersesat pastu abang polis ensem yang bawak keta ni akan hantarkan korang ke police station berhampiran...ahaha
09:13

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010

Semalam berlangsung Anugerah Skrin 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). sebanyak 24 kategori yang dipertandingkan bagi memberi penghargaan kepada karyawan seni tanah air. nak tahu sape yang bertuah malam itu, cekidaut!



24 kategori dipertandingkan di Anugerah Skrin 2010

KATEGORI DRAMA
  1. Drama Terbaik: Antara Garisan
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi – Sebelum Akhirat
  3. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Noorkhiriah
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusof – Antara Garisan
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzilah Mansor – Sebelum Akhirat
  6. Pengarah Terbaik Drama: Sebelum Akhirat – Murali Abdullah
  7. Lakon TV Terbaik: Antara Garisan
  8. Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
  9. Drama Komedi Terbaik: Simpang 3
  10. Videografi Terbaik: Datang Bulan

KATEGORI FILEM
  1. Filem Terbaik: Muallaf
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Parale – Belukar
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani- Muallaf
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz – Evolusi KL Drift 2
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Fazura – Pisau Cukur
  6. Pengarah Terbaik Filem: Allahyarham Yasmin Ahmad
  7. Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
  1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik:
  3. Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular – TV3
  4. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24
  5. Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010
  6. Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit.

ANUGERAH KHAS JURI: Shaheizy Sam



@: tahniah :D....kredit- Budiey.com
08:36

Ibu Terkedu 2 Anak Peluk Kekasih Dalam Bilik Tidur

Ibu mana yang tak terkejut apabila melihat dua anak gadisnya yang berusia 13 dan 15 tahun tidur berpelukan bersama teman lelaki masing-masing di dalam bilik tidur.


si ibu yang menyedari kejadian tu pada 3.30 pagi di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, lantas memberitahu suaminya. si ayah bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis dan teman lelaki kepada dua beradik yang berusia 17 dan 20 tahun ditahan atas kesalahan rogol.

pasti luluh hati si ibu bila melihat anak-anaknya yang masih bersekolah dalam keadaan begitu. tapi budak2 skang memang susah nak kawal banyak sangat pengaruh luar. asalkan pandai jaga diri sendiri tu dah memadai. 

Berita penuh

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya

sumber: Metro online


@: berita panas dari Metro sebelum ni: Aksi panas dua beradik terlampau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us