Breaking

October 29, 2010

19:47

Fesyen Tudung Terkini 2010

Ramai juga yang berminat pasal fesyen tudung tekini 2010. macam before ni entry dari keyword nuffnang. Actually, me pun penggemar fesyen tudung ni terutama shawl, pashmina dan yang sewaktu dengannya. kalau dulu tiap kali ade patern baru yang jual kat Jalan TAR mesti nak beli. Tengok cantik je patung tu pakai sebab tu lah beria-ia nak beli. Lagi satu suke sangat beli anak tudung yang warna warni, comel!

rase2 nak cari fesyen terbaru kain, tudung, baju, shawl dan lain2, Jln Tar memang tempat paling sesuai. Rasa beruntung sangatl duduk kat ukmkl ni kalau nak pegi mana-mana beli barang senang, nak pegi Jln Tar pun anytime boleh.

satu lagi butik popular di Jln Tar yelah Ariani. banyak koleksi tudung yang menarik dan harga pun sesuai dengan kualiti. mostly wanita bekerja memang suke tudung instant macam ni, kalau student lebih prefer shawl.

Jum usya Fesyen Tudung Terkini 2010 Butik Ariani

corak shawl terbaru, dengan anak tudung bermanik

tudung siti versi manik selonggok

tudung pusing, sebab pe nama die pusing? bile dah sarung tu kena pusing bahagian hadapan tu

yang ni pulak sesuai dipakai untuk pegi majlis atau function

dua tone, bercorak dan kosong


@: lepasni nak post berkenaan fesyen shawl terkini pule, insyallah :)
14:23

(Gambar) Harga Toyota Prius Hibrid Kini Lebih Murah

Kepada mereka yang memasang angan-angan untuk membeli kereta atau menukar pada yang baru pasti tertarik dengan harga kereta Toyota Prius yang boleh dibeli dengan lebih murah.


UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 sebelumnya bermula semalam. Harga di Sabah dan Sarawak pula kira-kira RM141,500 berikutan kos logistik yang lebih tinggi.


Harga Toyota Prius Hibrid kini lebih murah kerana pemasangan model ini dilakukan di Toyota Motor Thailand (TMT). Kelebihannya untuk mengurangkan kos pengangkutan dan harga di pasaran tempatan. Selain itu pihak kerajaan telah mengecualikan cukai import dan eksais ke atas kereta hibrid.


Gambar Toyota Prius Hibrid yang memikat hati


Prius IV dengan kemasan Blizzard Pearl dilengkapi dengan Solar Roof Package

pandangan sisi

dilengkapi LED headlamps

Prius V dengan kemasan Sandy Beach Metallic

Prius V shown in Barcelona Red Metallic
@: verangans nak red kaler boley?
12:52

Gambar CT Nurhaliza Gemuk

Bila tengok dekat keyword nuffnang blog ni, ramai yang search pasal gambar ct gemuk, siti dah gemuk, dan pelbagai lagi keyword yang bekaitan. Mungkin ramai yang berminat dengan gambar ct nurhaliza gemuk tapi mantain comel.

so untuk kali ni me nak share gambar ct nurhaliza gemuk versi dolu2. sebab sekarang ct dah slim taw sebab ct try petua kuruskan badan yang me pernah post sebelum ni*hoho*

jum layan gambar tok ti

walaupun sedikit chubby, tapi mantain bergaya

tanpa mekap

gambar diambil sewaktu sambutan hari jadi ct

gemuk ke? taklah sangat kan..

eh? ct dah ada anak ke?

naluri keibuan ct, bile lagi nak timang baby?

nak tengok macamna rupa ct bile telebih obes? meh, tengok sini

11:41

Pertandingan Akhir Gadis Melayu 3

Malam ini bakal berlangsung Pertandingan Akhir Gadis Melayu 3 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) bermula pukul 8.30 malam. Ia disiarkan secara langsung melalui TV9.




Setiap peserta diberi cabaran untuk mempersembahkan teater muzikal. abaran itu akan dibawa secara individu walaupun pada malam ini nanti, para peserta bergabung dalam satu pentas untuk merealisasikan teater muzikal yang menyentuh tiga isu masa kini yang semakin meruncing iaitu bencana banjir di Pakistan, wanita-wanita tabah di Gaza dan juga isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Seramai 9 peserta yang bertanding untung merebut gelaran Juara. Ikon Gadis Melayu.

Pelbagai hadiah yang menarik dan mewah bakal dibawa pulang oleh juara akhir Gadis Melayu musim ke-3.

Apa komen peserta akhir Gadis Melayu 3

* Afiqah Hazwani Md. Din
Berusia 18 tahun dan menjadi peserta paling muda, Afiqah tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan terbesar kepadanya untuk bersaing dengan lapan peserta lain.
Masih menuntut di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 1, Johor Bahru, Johor dan menanam impian untuk bergelar peguam, dia memberitahu dirinya teruja untuk beraksi pada malam final.
“Tanpa penyingkiran, saya menjadi insan paling teruja kerana mampu berada sehingga final. Ini kerana saya boleh menimba ilmu dan pengalaman lebih banyak. Ia tidak boleh dikutip di luar melainkan dalam Gadis Melayu 3,” katanya.
* Nur Diana Zainuddin
Masih menuntut di Tingkatan 6 Atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pulau Pinang, Diana tidak menyangka percubaan spontannya telah membawa dia jauh ke pusingan final.
Ditanya tentang potensi diri menjadi pemenang, Diana yang meminati bidang penulisan berkata: “Terus terang, kalau ingin bercakap soal keunikan diri, rasanya saya sama macam peserta lain. Cuma, bakat mengacara yang diperoleh di sekolah sebelum ini memberi kelebihan kepada diri untuk nampak menyerlah.”
* Nor Shamimi Ernida Mansor
Bagi anak jati Kedah ini, dia tidak mengejar glamor, tapi memasang impian untuk menjadi hos dan peniaga tudung yang berjaya satu masa nanti. Justeru saat diminta untuk mengulas keistimewaan diri, Shamimi mempunyai jawapan sendiri.
“Saya akui, saya boleh memasak makanan Melayu seperti gulai ikan atau ayam dan sambal. Sebelum ini, saya sendiri memasak untuk adik-beradik seramai empat orang jika orang tua keluar bekerja. Mungkin itu keistimewaan saya,” jelasnya.
* Norhidayah Samsudin
Berminat dalam lapangan seni serta memiliki bakat dalam nyanyian, anak keempat daripada sembilan beradik ini menolak persepsi bahawa peserta yang tidak bertudung kebiasaannya sukar menjuarai program Gadis Melayu.
“Pada pendapat saya, soal peserta bertudung atau tidak menjuarai Gadis Melayu 3, semua terpulang kepada rezeki masing-masing asalkan pemenangnya menepati kriteria serta kualiti tertentu yang dipilih oleh juri profesional dan masyarakat.
“Berbicara tentang personaliti diri, saya tidak gemar bersikap hipokrit. Baik di depan atau belakang kamera, saya lebih senang berkomunikasi dengan sesiapa tanpa berdepan masalah,” luah Hidayah yang berasal dari Masai, Johor.
* Siti Nurzakiah Abdul Aziz
Kontra dengan peserta lain, Zakiah punya latar belakang berbeza apabila dia berbakat besar dalam bidang tarian tradisional. Pada waktu sama, dia bertugas sebagai jurulatih tari di Heritage Performing Arts Studio, Ampang, Kuala Lumpur.
Menjadi guru tarian joget, zapin dan inang kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, Zakiah, 21, yang berasal dari Selangor mengaku hatinya terpaut pada kehebatan seni hasil peninggalan nenek moyangnya sejak dari kecil lagi.
“Dengan konsep Gadis Melayu 3 menonjolkan
percantuman elemen tradisional dan kontemporari, saya anggap ini masa terbaik untuk berkongsi dengan penonton terutama generasi baru tentang keunikan seni kreatif,” ungkapnya ringkas.
* Siti Mastura Mohamad Saleh
Dengan jiwa lebih terarah kepada industri fesyen, anak jati Pahang yang terpilih sebagai salah seorang peserta Gadis Melayu 3 itu sedang menjalani latihan praktikal selama setahun bersama pereka busana tradisional popular, Salikin Sidek.
“Saya akan menggunakan kelebihan dalam rekaan fesyen tradisional untuk menambat hati juri profesional Gadis Melayu 3 termasuk orang ramai. Diharap kelainan berbanding peserta lain mampu menyerlahkan saya kelak,” jawabnya.
* Fatheen Nabila Ghazali
Selepas menerima galakan daripada keluarga, kawan-kawan dan pensyarah, Fatheen yang masih menuntut dalam tahun dua bidang Botani di Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak sabar untuk berkongsi minatnya dengan masyarakat.
Pernah membentangkan hasil penyelidikan berkaitan botani di Singapura, dia semahunya ingin bergelar pengacara yang punya pendidikan tinggi sekali gus dapat menyedarkan orang lain tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam persekitaran.
“Selain mahu menjadi pensyarah, saya juga ingin bergelar hos kerana dengan cara ini saya dapat berkongsi ilmu dimiliki lalu menyalurkan pengetahuan kepada audiens,” tuturnya yang mahir membuat kuih-muih tradisional Melayu, Cina dan India.
* Norazrina Mohd. Salleh
Rina yang gemar mengisi masa terluangnya dengan menulis blog kini baru memahami tujuan sebenar rancangan realiti ini diwujudkan sementelah sudah menjadi sebahagian peserta. Jelas Rina lagi, ia bukan semudah dilihat atau didengar.
“Selepas dapat penerangan lanjut, baru saya tahu perjalanan Gadis Melayu yang telah memasuki musim ketiga. Sejujurnya, saya melihat ia sebagai tanggungjawab berat kerana peserta kena membuktikan kelebihan kepada umum,” akuinya.
* Siti Nur Afiqah Abdullah
Bergelar pelajar tahun tiga kursus Syariah Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Selangor, Siti lebih berminat dalam bidang kepolisan.
“Biarpun belajar undang-undang, saya sebenarnya lebih berminat untuk menjadi anggota polis. Barangkali sebab mengambil aura ayah Abdullah Mohiddien yang juga berkhidmat sebagai anggota polis.
Saya menjadikan ayah sebagai idola. “Saya menyertai Gadis Melayu 3 sebab mahu melihat sisi lain diri. Selain cari pengalaman, saya harap program ini boleh meningkatkan keyakinan apatah lagi jika bekerja sebagai polis kelak,” ujarnya yang mahir seni mempertahankan diri.
@:nanti kan keputusannya malam ini

October 28, 2010

15:53

Anti Dr Rozmey Di FB Sudah Cecah 2,980 orang!

Tergelak juga bila tengok FB kami tak suka dr. Rozmey yang angkuh,. bukan sorang dua yang like tapi hampir 3k! bayangkan. Ni gara-gara filem 2 Alam yang dikatakan mampu mengutip 40 juta dan komen wartawan yang mengatakan dr rozmey suka cakap besar.

 next filem..yang ni berapa agaknya kutipan?

see, 2980 orang yang like

komen dr rozmey; ade aku kesah!aku dah kayo jual jus mate, ko ado?
15:09

Bila siSuami Kurang Matang...beginilah jadinya


Rita Rudaini Keliru, Terkejut Dengan Tindakan Aidil?


Murai: selepas pemain bola sepak terkenal Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap pelakon, Rita Rudaini, hari ini dikejutkan pula dengan kenyataan Rita yang dikatakan musykil dengan tindakan Aidil tersebut. Rita yang hanya mengetahui tentang berita suaminya ke mahkamah menerusi media itu benar-benat terkejut kerana sebelum itu suaminya ada menyatakan bahawa dia menyayangi Rita dan anak .

Tambahan lagi menurut sumber memberitahu Rita akui hubungan mereka sudah tidak ada apa-apa masalah lagi dan dsemuanya berada dakan keadaan yang baik terutama sejak kali terakhir mereka bertemu. Sebelum ini Aidil turut berjanji kepada Rita bahawa dia akan menjaga rumah tangga mereka dan memastikan kandungan Rita yang baru berusia tiga bulan berada dalam keadaan baik.

Rita yang sedang berbadan dua sekarang ni semakin keliru dengan tuntutan hak penjagaan anak oleh Aidil itu kerana mereka belum bercerai dan masih sah suami isteri.

Buat masa ini, Rita tinggal sementara waktu di rumah adiknya yang terletak di Taiping, Perak manakala Aidil pula tinggal di rumah keluarganya yang terletak di Sikamat, Seremban.

@: bila siSuami kurang matang, isteri pula janganlah kebudak-budakan. Cerita rumahtangga dah macam drama bersiri dalam paper. (hahak pandai je aku mengata)

14:39

Bila ex-Wife Mata Duitan

AC Mizal
KAJANG: Pengacara popular AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini,39, terselamat daripada hukuman penjara 25 hari selepas dia menjelaskan tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis.
Dia juga turut membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada bekas isteri, Shafnie Zainudin, 35.
AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.
Shafnie@: antara nafkah yang pernah dituntun dari ex-wife AC ialah perbelanjaan untuk membawa anak pergi melancong. Anak yang nak melancong ke ex-wife die neh? pape je lah
13:55

Cara Artis Nak Cepat Kaya

Siapa tak nak jadi kaya? sile angkat kaki!
hmm...semua orang nak kan. kadang-kadang ada yang sanggup wat apa saja demi duit tak kira lah dengan cara yang betul atau sebaliknya.

macam artis sorang ni yang kononnya berpendapatan RM300,000 sebulan.
nak tahu macamna die boleh dapat income sebanyak tu? meh baca...


ada seorang artis yang berpendapatan lebih daripada USD100,000 sebulan atau bersamaan RM300,000 lebih. Siapa gerangannya tak pasti pula sebab tidak didedahkan namanya, atas faktor keselematan. Mengenai pendapatannya itu, tidak dijelaskan pula bagaimana didapati, kerana yang pasti dia bukanlah daripada orang yang tahu berniaga (business).


Dulu dia ni panas akibat digosipkan yang dia ditaja oleh buaya-buaya darat yang kaya raya. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila web hiburan itu mendakwa dia ni jugak dikenali sebagai GRO kelas atasan.
(sumber: izyan.com)


@: tetibe rasa nak nyanyi lagu Tomat-Wali Band



dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafighrullahal’adzim
reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astafighrullahal’adzim
pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astafighrullahal’adzim


October 27, 2010

14:56

Saida Mohon Cerai Kerana Orang Ketiga?


Lagi-lagi kes cerai artis

musim skang ramai artis yang merancang mendirikan rumahtangga tapi ramai juga yang meruntuhkan rumah..ish2

Penyanyi Saida yang merupakan kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membuat permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40

@:kalo artis cerai takde sebab lain mesti orang ketiga, kes saidah ni pula?


SA
02:04

Paul The Octopus Mati


SOTONG PAUL, SOTONG PERAMAL WORLD CUP 2010 MATI

Sotong Paul atau nama orang putihnya Paul The Octopus yang menjadi perhatian semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana ketepatan’nya meramal keputusan-keputusan perlawanan penting telah disahkan mati pada pagi tadi (Selasa – 26 Oktober 2010)
Kematian Paul disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman iaitu pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan. Kematiannya tiada kaitan sama ada mahu di goreng atau dimasak sambal tapi dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati pada umur yang pendek kerana jangka hayat sotong kurita hanyalah dalam lingkungan 2 tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us