December 24, 2011

Yusri & Lisa Bakal Bernikah, Buat Pengumuman Khas

kelass uolss...nak umum tarikh menikah siap jemput press lagi...kalau sebelum ni Yusri berkahwin dengan Erra Fazira seorang pelakon primadona yang cukup femes zaman 1990s dulu. now, Yusri memilih Lisa Surihani yang juga merupakan pelakon femes yang tengah naik skang..hmm taste Yusri memang begitu tak pun sekadar kebetulan...hikhik



selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

(Gambar) Kekasih Baru Fida Usahawan Bergelar 'S"


Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.
Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.
“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.
‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

(Gambar) AC Mizal, Eizlan Yusof & Fazley YaakobTerima Anugerah Diraja, Gelaran Datuk

Datuk Mizal Zaini atau Datuk Ac Mizal kini secara rasminya bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk.


Tidak bersendirian menerima pengurniaan tersebut yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dua lagi rakan seperjuangan AC dalam industri hiburan adalah pelakon, Datuk Idris Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof serta penyanyi dan pakar motivasi, Fazley Yaakob turut menerima darjah kebesaran yang sama.
EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. Foto: Halim Mat Ali (22/12/2011)
lagi banyak gambar...

Jimmy Shanley Buka Aib Isteri, Tapi Sibuk Suruh Kembali Taat

macam mana isteri nak hormat kat suami kalo habis semua aib isteri didedahkan. mungkin tu cara Jimmy nak mengharapkan simpati agar isterinya kembali taat...tapi kalo dah buruk cegitu rupenya perangai isteri lepaskan ajelah..dayus suami kalo tak mampu nak didik isteri.

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam berhubung kes tuntutan personaliti TV, Jimmy Shanley, 31 yang mahukan isterinya kembali taat menyaksikan bekas pengacara Akademi Fantasia itu mendedahkan tabiat buruk isterinya.

Jimmy Norjahan Salleh mendedahkan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk menjadi isteri solehah dan meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM

oh tidakkk!!! my pebret BP tersingkir dari MLM...

BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM


Selepas bertahan selama lapan minggu dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), akhirnya perjuangan kumpulan BP (Bawal Power) dan satu-satunya peserta solo yang tinggal iaitu Adlin Aman Ramlie berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.

Rosmah Mansor Jadi Bahan Jenaka

isteri PM yang paling banyak kontroversi setakat neh...fats first lady lah katekannn

Prime Minister's Wife



Tips rambut menawan dari Hajjah Rosmah

(GAMBAR) Ariff Alfian Rosli Kahwin Lelaki Dublin |Pelajar Medic Tajaan PETRONAS GAY

beberapa hari yang lalu ada terbaca kisah si ayah Rosli Haron yang telah kehilangan anaknya Ariff Alfian Rosli,  seorang pelajar Malaysia di Dublin dan terpaksa menangung hutang pengajian anaknya hampir RM 1 juta!. Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, , dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.


pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.

lebih banyak gambar...

December 7, 2011

GAMBAR Banglo Apek Sudah Siap, hadiah kerajaan Kelantan

SIAP...banglo baru bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi.

Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

December 5, 2011

GAMBAR Bayi Lelaki Siti Sarah & Shuib



Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak sulungnya seorang lelaki tepat jam 10.19 pagi tadi. Sarah sebelum itu dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada malam semalam, 3 Disember.

Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Otak


Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia

Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.

Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.

Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik



Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.
“Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.
“Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi.
Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.
“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.
“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

December 3, 2011

VIDEO Maharaja Lawak Mega Minggu 6 Kumpulan BP Bawal Power

VIDEO Maharaja Lawak Mega Minggu 6 Kumpulan BP Bawal PoweR

3G Dan Bawel Tersingkir Di Minggu 6 MLM

3G Dan Bawel Tersingkir Di Minggu Muzikal MLM


Dua penyingkiran serentak dilakukan pada minggu keenam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menyaksikan kumpulan 3G dan kumpulan Bawel dari Indonesia tersingkir.

(Gambar) Bandar Kajang ditenggelami banjir kilat


BANDAR Kajang ditenggelami banjir kilat selepas hujan lebat pada petang Jumaat. Kelihatan beberapa pemandu teksi terpaksa menolak teksi mereka yang dimasuki air

December 2, 2011

Khairul Fahmi Tak Tahan Kontroversi, Mahu Bersara Awal


Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas


“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.

(Gambar) Firus Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama



Kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama berakhir apabila Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, (gambar) muncul sebagai juara.

(Gambar) Suami Syella Kamaruddin

nama Syella Kamarudin mula disebut-sebut pabila perkahwinan mewahnya dengan seorang VVIP mencecah RM15 juta!!!namun masih ramai yang tertanya-tanya siapakah suami Syella Kamaruddin???



Menurut Syella kamaruddin, suaminya adalah...

November 26, 2011

MLM: Kumpulan Hiro Tersingkir Minggu Ke 5


Kumpulan Hiro tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke lima yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.
Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh Ropie, Iliya dan Hamdan tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 37 peratus.
Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Saehu dari Indonesia (42 peratus) dan peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli (42 peratus).

(VIDEO) Maharaja Lawak Mega Minggu 5 BP Bawal Power | MLM 5 BP

walaupon belum sihat sepenuhnya, bob kuman tetap tampil dalam persembahan Maharaja Lawak Mega Minggu 5 BP..saksikan Bawal Power!!

(VIDEO) BOBOI, Maharaja Lawak Mega Minggu 5 | MLM 5 BOBOI

saksikan pula persembahan lawak yang mantap Maharaja Lawak Minggu 5 BOBOI....yang tak leh lupe cinta bulu-bulu lawak siot!



(VIDEO) Maharaja Lawak Mega Minggu 5 OSBON | MLM 5 OSBON

saksikan video persembahan pasangan Os dan Abun, OSBON di Maharaja Lawak Mega Minggu 5



November 23, 2011

(Gambar) Majlis Perkahwinan Zahiril Adzim Dan Shera Ayob

(Gambar) Majlis Perkahwinan Zahiril Adzim Dan Shera Ayob

gambar perkahwinan zahiril adzim shera ayob

Bung Mokhtar Cerai Isteri Pertama, Zizie Ezette Kini Bergelar Datin

selepas menceraikan isteri pertama, Nor Asidah Alimudin secara automatik Zizie kini bergelar Datin. kesian kat bini pertama die yek..tapi jodoh takat tu je kut

datin zizie

menurut sumber, punca penceraian adalah disebabkan Bung dan Zizie yang tak mematuhi perjanjian

Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan. Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji

Neelofa Nak Belanja Dinner Pemain Bola Malaysia, Harimau Malaya

nampak ramai yang teruja dan bangga dengan kemenangan pasukan Harimau Muda. tak terkecuali juga Neelofa yang katanye nak belanja makan setelah pasukan ini mendapat pingat emas sukan SEA.

October 29, 2011

Neelofa Pengacara Baru Nona Bersama Fara Fauzana




Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.
Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.

October 28, 2011

(Gambar ) Anak Sheikh Muzaphar, Sophea Isabella

gambar anak sheikh muszaphar
(Gambar ) Anak Sheikh Muzaphar, Sophea Isabella

lebih banyak gambar Sophea isabella...


October 27, 2011

PBNS jual tiket RM30 | Final Piala Malaysia Negeri Sembilan vs Terengganu




PRIHATIN dengan nasib para penyokong Negeri Sembilan yang terbeban dengan harga tiket final Piala Malaysia yang mahal, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengambil keputusan untuk menjual tiket tersebut dengan harga RM30.

HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50


HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Neelofa Berdebar Tunggu Tayangan 4 Filem




Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor, 22,mengakui berdebar menanti kemunculan empat buah filem lakonannya yang dijangkan ditayangkan tahun depan.
Tambah Dewi Remaja 2011 ini, biarpun sudah membuktikan bakat lakonan dalam beberapa buah drama tempatan, namun dia masih risau terhadap reaksi penonton terhadap kemunculannya di layar perak.
"Tahun ini merupakan tahun pertama sebagai artis, memang ramai yang mengenali saya melalui drama yang sudah keluar atau melalui berita-berita tentang saya.
"Sebab itu juga perasaan agak teruja dan gementar untuk menerima maklum balas penonton untuk filem-filem lakonan saya yang ditayangkan tahun depan," katanya ketika ditemui di majlis Malam Seribu Bintang Karyawan, di sini, Rabu lalu.

October 26, 2011

Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun



MISRATA 25 Okt. - Jenazah Muammar Gaddafi dikebumikan awal pagi ini dalam satu upacara ringkas di kawasan gurun yang dirahsiakan di Libya.
Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengebumian bekas pemimpin Libya itu yang jenazahnya sebelum ini dijadikan 'bahan pameran' di sebuah bilik sejuk beku di Misrata.

Nasi Lemak 2.0 Berjaya Kutip RM7 Juta


Filem kontroversi, Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta sepanjang ia ditayangkan di pawagam sejak 8 September bulan lalu.
"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia," ujarnya pada majlis meraikan kejayaan filem itu di sini, Isnin.

Najwa Latif Bakal Berduet Dengan Greyson di AIM 2011



Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku menjerit apabila mengetahui dia bakal berduet dengan penyanyi muda dari Amerika Syarikat, Greyson Chance di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 pada 12 November depan.
Menurut Najwa, setelah mengetahui berita tersebut menerusi rakannya pada Jumaat lalu terus menghubungi syarikat rakamannya, NAR Records untuk mendapatkan pengesahan.
“Pada mulanya saya tidak percaya dengan berita ini tetapi mereka juga sebenarnya ingin membuat kejutan kepada saya.
“Terus-terang, saya rasa tidak sabar untuk berduet dengan Greyson dan ini merupakan kali pertama saya berduet dengan penyanyi dari luar negara,” ujarnya semasa ditemui di majlis ramah mesra Anugerah Skrin (ASK) 2011 di One Utama, Sabtu lalu.

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah


Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.
"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.

October 25, 2011

(Gambar) Kad Kahwin Dira Abu Zahar & Helmi

Kad Undangan Hos Melodi, Dira Abu Zahar

Kad Kahwin Dira Abu Zahar & Helmi yang berkonsepkan poster filem nampak sungguh unik dan kreatif. Set kad kahwin Dira & Helmi mengandungi 2 keping poster filem dan sekeping kotak berkonsepkan clapper board yang memaparkan maklumat majlis perkahwinan mereka. Majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.


lebih banyak gambar Kad Kahwin Dira Abu Zahar & Helmi

(Gambar) Mayat Gaddafi berbau busuk


MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

October 24, 2011

GAMBAR: Jika Graviti Takde di Bumi!

korang penah bayangkan tak ape jadi kalo bumi takde graviti? pasti kaki tak cecah bumi macam berada kat bulan.

jum layan gambar Jika Graviti Takde di Bumi!



Gambar Marco Simoncelli Kemalangan Maut MotoGP Sepang


Pelumba Marco Simoncelli mati dalam kemalangan sepang Motogp meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.  


Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh. Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang. Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.







sumber: melvister.com 

(Gambar) Miera Liyana Seksi Hot di Kosmo Ahad

gambar miera liyana

memang cukup galak lebih2 lagi bile mata jantan yang memandang. Miera Liyana nampaknya dah semakin berani beraksi GALAK didepan kamera. teruskan melihat gambar Miera Liyana yang disiarkan di Kosmo Ahad...

(Gambar) Ayu Raudhah Mengandung 6 Minggu

Tahniah buat Ayu Raudhah yang dikhabarkan sedang hamil 6 minggu.

Johan As’ari Kecewa Sikap Izreen Azminda



Pelakon Johan As’ari agak kecewa dengan tindakan pelakon Izreen Azminda yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media. Menurut Johan,...

October 23, 2011

Izreen: Johan Ajak Saya Bertunang!


Kemelut yang melanda pasangan pelakon Juvana, Johan Asa’ari dan Izreen Azminda nampaknya semakin panas. Izreen baru-baru ini telah menunjukkan video pengakuan cinta Johan terhadap dirinya kepada pihak media. Video itu sebagai bukti yang mereka memang bercinta. Ini sekaligus menepis dakwaan Johan yang mengatakan mereka hanya berkawan rapat.

“Dia ada janji banyak perkara dengan saya. Dia ada merancang untuk bertunang dengan saya. Perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan-kawan rapat dan juga keluarga saya. Malah saya juga ada bukti SMS mengenai isu bertunang ini,” jelas Izreen sambil memberitahu Johan ada memohon maaf kepadanya selepas perkara ini timbul.

GAMBAR Kek Enot @ Aliza Abdullah

wah kemain lagi kak Enot kite ni, siap upload gambar kek kat fb. kek bukan sebarang kek taw! nak taw kek ape jom tengok...



lebih banyak gambar...

October 22, 2011

Gambar Neelofa Tukar Warna Rambut


Neelofa Tukar Warna Rambut Kerana Lemak Kg Santan


KUALA LUMPUR – Pelakon Neelofa terpaksa mewarnakan rambutnya daripada coklat gelap kepada hitam bagi menyesuaikan watak lakonannya dalam filem terbaru lakonannya berjudul Lemak Kampung Santan yang kini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.

(Gambar) Lann (A To Z) Dan Bakal Isteri, Nikah 11.11.11




Penyanyi Lann (A To Z) atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz memilih tarikh 11 November 2011 (11/11/11) untuk menamatkan status dudanya. Pilihannya seorang anak dara yang 16 tahun lebih muda.

Tomok Bakal Menjadi Bapa | Isteri Tomok Mengandung

khabar gembira dari Tomok buat peminat, katanya isteri Tomok sedang mengandung. tahniyah yer...